Cekodok Pisang (Jemput Jemput Pisang)

Cekodok Pisang
Sudah lama tak makan jemput pisang. Dulu, semasa kecil, mak selalu beli dari auntie yang jual dekat rumah until minum petang.

Semalam ada extra pisang, cuba cuba buat. Jadi pulak...

Share share resipi ni...

BAHAN-BAHAN (Buat 12 jemput jemput pisang):

1. 8 pisang emas (atau 4 pisang besar)
2. satu cawan tepung gandum
3. satu sudu besar mentega (letak di luar sampai lembro)
4. setengah sudu besar gula
5. secubit garam

Bahan-bahan yang digunakan
KAEDAH:

1. Lenyek pisang dengan garpu.
2. Tambah gula dan garam. Campurkan sehingga serata.
3. Campur mentega dan tepung gamdum dengan tangan. 
4. Masukkan tepung gandum/mentega dalam campuran pisang.
5. Cubit campuran dengan tangan sehingga rata. 

Sedia untuk goreng
6. Hangatkan minyak. 
7. Menggunakan dua sudu, satu untuk sudukan campuran, satu untuk tolak campuran dalam minyak.

8. Goreng sampai emas.

9. Hidang dengan kopi atau teh.
Jemput sekeping
Rangup di luar, manis di dalam

Comments